Tuesday, February 17, 2009

TAMAN NEGERI ROYAL BELUM..

TAMAN NEGERI ROYAL BELUM...
itulah nama tempat yang aku dan beberapap org kawan jelajah pada Pada 6/7 dan 8 ari bulan 2..... ari tu....

kami betolak pada 5 ari bulan tengah malam...
memang menarik expidisi kesana dengan hutannya....
sungainya.... betul-betul menenangkan hati, jiwa dan pikiran kita....
pendekkata semuanya tenang lah.....
aku pon tak nak tulis panjang-panjang...
tengokla gambar yang ada tu....
tak leh bubuh semua gambaq...
yang ni pon dah penat aku upload... kalau semua aku ingat seminggu tak abih kot....





ini semasa kat jeti nak isi barang kedalam bot ...


kat dalam bot....


kat pulau yang ada askar semua...
kena daftar kat sini dulu...


memang seronok....
tengokla......
kalau tak salah aku satu jam lebih jugak la naik bot tu sebelum sampai kat tempat untuk meredah utan pulak.....




diantara pemandangan semasa dalam bot.....




kami sampai kat pekampungan org asli kg sungai tiang....





bergambar bersama org asli kat situ.....


gambaq ni masih kat pekampungan tu lagi.....


bermulalah perjalanan kami meredah hutan dan sungai....



meredah sungai... ayaq nampak tenang di atas....
tapi laju......
gambaq tak leh bubuh banyak.....
hihihi....


di sinilah tapak perkemahan kami....



bermulalah aktiviti memasang kemah... ada jugak yang melepak melepaskan penat setelah berjalan selama berapa jam pon aku tak ingat...... perjalanan yang meredah hutan dan sungai....

lepas siap kemah.... apa lagi... masak la... lapaqq ooooo......


keptan jack pajero tengah memancing....



tembak ikan......


belagak dengan ikan yang org lain tangkap di tepi sungai yang cantik.......
hihihihi...... tumpang glamor.....



jack pajero dah letih....
hahahaha....
---------------------------------------------------------------

masuk hari kedua di sungai tiang hutan belum......



kami meneroka lagi hutan di situ dengan bantuan orang asli....
dia banyak menerangkan pada kami kegunaan daun, pokok dan akar kayu di dalam utan....


cam biasa sungai yang kena redah....



penerangn yang di buat oleh org asli di situ.......


hahah... gaya keptan jack pajero......

memang best sungai kat situ........


ini yang saspen tu.... kesan tapak kaki sang belang.......
baru lagi tuuuu........

ha yang ni pulak bekas tulang si jambo.....


jeram ini diberi nama lata kinjang sungai tiang.....


cam biasa aktiviti bergambar dan mandi manda........




yang ni pulak acara terjun bebas........
kat sini tinggal yang pompuan saja dan dua org lelaki untuk mengawal keadaan....
yang lain semua naik bukit cari buluh untuk buat rakit.....
sebap kami semua akan berakit untuk balik ketempat perkemahan kami......


menurunkan rakit dari jeram....



abih semua kena miang buluh.....
hihihi....



ha ini pulak gaya bebas menyapu ubat.......



kami pon berakit la balik ke tempat kemah kami tuuuuu.....
rakit ni jugak la kami guna untuk berakit balik kat tempat
bot tinggai kami masa masuk ari tuuuuuu......
gambaq atas rikit tu tak leh amik banyak... sebap banyak jeram yang kena kami lalui...
kamera masuk ayaq nanti....



bunga pakma yang belum kembang....
kalau kami tunggu satu atau dua hari lagi boleh la tengok
bunga tu kembang....



macam biasa la sebelum balik.... amik gambaq kumpulan la....


Tapi sayang tempat yang seindah dan seamam itu akan di ambil alih oleh sebuah syarikat besar di negara kita.........
dan semua pencarian org asli kat situ dah kena sekat... org asli di situ tak leh amik lagi rotan....
mahu pon ikan yang menjadi sumber utama mereka mencari rezeki.....
sekolah yang di bena di kampung mereka pon hendak di beli oleh syarikat tersebut.....
kesian mereka........