Saturday, September 12, 2009

lagu raya....

Annuar & Elina
Suasana Di Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )



M. Nasir

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

8 comments:

Pegawai Khalwat said...

Kampung hang kat taman sini jugak, hang nak balik kampung mana lagi?

Raya pun rumah Mad Mer saja.

jinggo said...

hahahaaa.....
ok la tu....
kira boleh laaa.....

PuTeRi CaHaYa said...

huhu... dikesempatan ini, daku memohon kemaafan di atas keterlanjuran sikap yang kurang menyenangkan...(ewah2, skema la plak)hehehe..

Salam lebaran
(",) ting

miss zareen said...

slamat hari raya maaf zahir...
jemput datang ipoh

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri Jinggo, maaf zahir batin :)

jinggo said...

p.cahaya....
salam lebaran....

miss zareen....
raya ke 3 sy memang ada kat ipoh....

bunga rampai...
salam aidil fitri kembali untuk anda....

pulau namoyaki said...

jinggo,

yang lagu nombor 1 tu...

anuar zain danh jadi penyanyi terkenal, manakala rakannya elina pula dah jadi guru bahasa Inggeris di salah sebuah di sebelah seberang..

ahakakakaka..

serakah78.blogspot.com said...

aku bangga ada pemandu baru yg mcm aku dlm litar.biarkan siluncai terjun dgn labu-labunya.