Tuesday, May 29, 2007

Alfonso De Al Buqurgue menakluk Melaka.....Pulau Pinang dan Kedah tak jadi....

Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa ketuanan melayu
di sanggah selama ini.....

1808
> alfonso de al buqurque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara kitika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.
> raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1809> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1810
> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1812
> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

feb 1812
> alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Semiggu selepas FEB 1812
> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah;

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan (sambil bertabik)
al fonso > selamat pagi

Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 > Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu ,bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan sekian dimaklumkan.....beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang

Friday, May 25, 2007

APA NAK JADI

sebelum aku menulis kali ini aku ingin memintak maaf dahulu kalau ada yang tersentuh dengan apa yang aku nak tulis kali ini........
kenapa orang kita ni dah hilang rasa malu atau hormat........
selalu jugak aku ronda ngan kengkawan aku.................
selalu jugak aku tengok orang melayu kita berpeleseran depan oran ramai....
yang palin menyakitkan mata bila di tengok pompuan pakai tudong berpeluk,bercium dan berbagai ber lagi lah di depan orang ramai.......
yang tak pakai tudong pon ada jugak.....
tapi yang pakai tudong tu...., kenapa tak buang saja tudong tu.........
memalukan saja..... macam tak hormat langsung....
apa tujuan tudong di pakai...
untuk menutup aurat kan....... mengikut seruan agama kan......
tapi kelakuan mereka ini menjolok mata yang memangdang......
ada jugak org bertanya aku...
olang

itu melyu punya olang boleh cium-cium ka.....
semalam wa tengok sana tepi ala alang cium-cium oooo.....
lamai olang lalu sana aaa.... itu olang bikin tak tau saja ooo... wa malu ooo tengok......
aku ....

apa macam lu tau itu orang cium melayu.... lu betoi-betoi cakap....

olang

wa tau la... wa lalu sana manyak kali oooo.....
manyak syok oooo tengok.... lagi lia olang ada pegang-pegang oooo

aku.....

lu silap orang kot... bukan melayu la.... (dengan nada membela)

olang

butoi oooo watau itu melayu... pasai lia ala pakai tulong oooo (tudong)...

aku.......

itu macamka...

kena la aku terang kan pulak yang mereka tu buat benda yang salah.....
nasib baik la cina tu aku kenai..... dan nasib baik dia bertanya, boleh la jugak aku terang kan......
banyak yang tengok tapi tak bertanya...... apa tanggapan mereka pada kita..........
dimanakah rasa malu mereka dan hormat orang melayu...........
itu tak kira lagi yang minum arak secara terang-terangngan....
boleh cerita dan bangga pulak.............
lepas tu bila orang kutuk islam dia marah.........
tapi contoh dia yang tunjuk..........
bila kaum lain bertanya... aku kata kami melayu orang islam tak leh minum arak......
orang itu pulak jawap..... semalam saya tengok ramai orang melayu minum...... tepi laut sana ramai orang lalu sana dia buat dekkk saja......
saya ingat boleh la.. pasai tu saya ajak u minum ini.......

apa nak jadi.......

Wednesday, May 23, 2007

sapa nak komplen,,,, meh sini....



aku rasa macam nak letak saja benda ni kat tepi meja depan opis aku..
baru tak ada orang yang masuk dah...
kalau letak kat meja aku lagi best....
bos aku kalau nak tanya apa-apa kat aku dia kena amik no dulu....
har har har har har har har..........................

Monday, May 21, 2007

Tipu "Menipu"

Kenapa org kita sekarang ni suka menipu.
Nak kata rambut sama hitam pon dah tak boleh, sebap sekarang banyak org yang rambut berbagai warna.
tapi hati tetap tak sama, ada yang baik , ada yang tak berapa baik, ada yang mulia hati nya, ada jugak yang busuk hatinya macam-macam lagi lah hati manusia. Tapi kenapa setengah org tu menipu, kalau menipu tak menyusahkan orang tu kira ok la jugak, ini menipu yang menyusahkan orang. Abih semua org tak bagus, tak buat keja tak macam-macam lagilah.............
yang sanggup menipu kerana duit pon banyak.......
tipu orang untuk kesenangan diri sendiri....... yang peliknya orang jenis ni lebih gemar menipu orang yang dekat dan kawan-kawan. Punya la baik ngan dia, kita anggap dia lah kawan dunia akhirat tapi dia la yang teruk. dia menggunakan kawan untuk kesenangan diri sendiri tanpa mengira orang yang di tipunya itu susah ka......... atau memang tak berkemampuan......... apa yang dia tau hanya kesenangan diri dia saja.
orang jenis ini tetap akan menipu tanpa kasihan ( tak berhati perut langsung) abih semua duit dia tipu, lepas tu buat cita tentang orang yang dia tipu tu, cerita yang tak elok semua dengan tujuan orang lain tak akan pecaya cakap orang yang tertipu itu. Bila orang tak percaya cakap yang tertipu itu maka yang menipu itu akan memulakan lakunannya untuk menipu orang yang percaya pada dia. Dah la menyusahkan orang, buat pulak cerita bukan-bukan. Manusia jenis apakah ini. Ada jugak yang suka menipu tentang kerja, abih dia tipu semua dengan bos sekali. kira semua orang tak buat keja, dia seorang saja yang buat keja. Jenis ni pon menyusahkan org saja. Kecik-kecik taknak mampus bila dah besar menyusahkan orang.
Apa yang menyedihkan mereka ini kita dah anggap macam keluarga, ada yang kenal dari kecik lagi. Walau pon begitu golongan ini tetap akan menipu jugak. Mereka tak pernah hargai hubungan yang terjalin. Bagi mereka semuanya tak perlu, apa yang perlu adalah kesenangan diri sendiri sahaja. Tak kiri la apa sekali pon hubungannya. yang penting dia senang. Orang nak susah lantak la.......................................................
Perlukah sikap ini ada dalam diri kita.
ASTAFIRULLAH-HAL-AZIM

Thursday, May 17, 2007

Bumi bertuah "Tercemar"

sekarang kita ni dah banyak yang cerdik pandai....................
bijak-bijak semua.........
ada pegawai keraajaan....
ada jurutera.....
ada tenaga pengajar...........
ada juruteknik......
ada tukang sapu...
ada tukang cuci....
ada macam-macam lagi la kejaya yang ada di Malaysia ni. Semua tu disebapkan negara kita sekarang dah boleh di katakan maju. Taraf hidup rakyat Malaysia sekarang pon dah boleh dikirakan ok la jugak berbanding dengan masa dulu. Kebanyakkan dah ada kenderaan sendiri.
Alhamdulillah. Tak kurang jugak dengan tempat-tempat yang menarik, indah dan tempat-tempat pelancongan. Pendek kata Alhamdulillah Malaysia ni kira bumi yang bertuah.
Tapi dalam kebaikan yang ada di Malaysia ni ada satu golongan yang sama dengan kaum nabi luth. Yang suka akan hubungan sejenis, satu golangan yang di laknati Allah dan Nabi tak mengaku umat. Semakin lama semakin banyak menular di bumi Malaysia yang bertuah ini. Yang peliknya golongan ini tak tau malu pulak tu, buat sesuka hati. Dah la buat perkara terkutuk, siap minum arak lagi, yang sedihnya banyak melayu yang mengaku diri mereka tu islam. Banyak di kalangan mereka tu "hati perut busuk" wangi lagi sampah yang ada di longgokan sampah. kenapa bumi Malaysia yang bertuah ini ada golongan seperti ini.
Sedih.

Tuesday, May 15, 2007

AKU

aku.......
kasarkah perkataan itu...........
kenapa bila kita bercakap ngan orang lebih tua dari kita, kalau kita menggunakan perkataan AKU kita di anggap kurang hajar...........
aku.........
adakah perkataan itu tak boleh di gunakan............
kenapa kita boleh gunakan perkataan AKU untuk berinteraksi dengan kawan-kawan kalau perkataan itu terlalu kasar. teruk sangat kah kawan kita itu..................
aku..................
kenapa aku.................
sedangkan kalau kita memohom doa kepada ALLAH kita menggunakan AKU.......
(AKU MEMOHON DOA KEPADA MU YA ALLAH)
(PERKENANKAN DOA KU YA ALLAH)

betapa mulianya perkataan aku..........................