Monday, May 21, 2007

Tipu "Menipu"

Kenapa org kita sekarang ni suka menipu.
Nak kata rambut sama hitam pon dah tak boleh, sebap sekarang banyak org yang rambut berbagai warna.
tapi hati tetap tak sama, ada yang baik , ada yang tak berapa baik, ada yang mulia hati nya, ada jugak yang busuk hatinya macam-macam lagi lah hati manusia. Tapi kenapa setengah org tu menipu, kalau menipu tak menyusahkan orang tu kira ok la jugak, ini menipu yang menyusahkan orang. Abih semua org tak bagus, tak buat keja tak macam-macam lagilah.............
yang sanggup menipu kerana duit pon banyak.......
tipu orang untuk kesenangan diri sendiri....... yang peliknya orang jenis ni lebih gemar menipu orang yang dekat dan kawan-kawan. Punya la baik ngan dia, kita anggap dia lah kawan dunia akhirat tapi dia la yang teruk. dia menggunakan kawan untuk kesenangan diri sendiri tanpa mengira orang yang di tipunya itu susah ka......... atau memang tak berkemampuan......... apa yang dia tau hanya kesenangan diri dia saja.
orang jenis ini tetap akan menipu tanpa kasihan ( tak berhati perut langsung) abih semua duit dia tipu, lepas tu buat cita tentang orang yang dia tipu tu, cerita yang tak elok semua dengan tujuan orang lain tak akan pecaya cakap orang yang tertipu itu. Bila orang tak percaya cakap yang tertipu itu maka yang menipu itu akan memulakan lakunannya untuk menipu orang yang percaya pada dia. Dah la menyusahkan orang, buat pulak cerita bukan-bukan. Manusia jenis apakah ini. Ada jugak yang suka menipu tentang kerja, abih dia tipu semua dengan bos sekali. kira semua orang tak buat keja, dia seorang saja yang buat keja. Jenis ni pon menyusahkan org saja. Kecik-kecik taknak mampus bila dah besar menyusahkan orang.
Apa yang menyedihkan mereka ini kita dah anggap macam keluarga, ada yang kenal dari kecik lagi. Walau pon begitu golongan ini tetap akan menipu jugak. Mereka tak pernah hargai hubungan yang terjalin. Bagi mereka semuanya tak perlu, apa yang perlu adalah kesenangan diri sendiri sahaja. Tak kiri la apa sekali pon hubungannya. yang penting dia senang. Orang nak susah lantak la.......................................................
Perlukah sikap ini ada dalam diri kita.
ASTAFIRULLAH-HAL-AZIM

12 comments:

Anonymous said...

tipah tertipu tipu tipu tertipah. hah!
aku pernah kenal org mcm ni. sudahnya aku dh tak tegur die lagi skang. isk!

Pegawai Khalwat said...

Tipu tu termasuk kuar jalan-jalan kat shopping complex time keja ka?

Psss.... aku tak bercakap dengan cermin.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada peg khalwat....
mmmmmmmmmmmbetul!!
aku pernah kenal seorang yg boleh dianggap sebagai abang yang perhubungan tu terputus trus angkara RM30....jadi nilai perhubungan itu cuma RM 30.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau dah lupa agama, surah dan sirah, memang mudah jadi penipu... :D


Salam..

Anonymous said...

orang-orang macam ni..
diorang rasa bangga n hebat bila dapat melepaskan diri n menyalahkan orang lain atas apa yg diorang buat.

macamla bagus sangat..
kalau dah bagus sangat pegi masuk sukan olimpik la wei..

jinggo said...

kamarul...
sabar saja la kamarul....
apa nak buat nasib badan..

pegawai khalwat......
perlukah bercakap dengan cermin....

buta seni...
nasib baik RM 30......

blackpurple....
betul tu....
yang sedihnya ada jugak yang menggunakan agama, sirah,surah dah hadis untuk tujuan itu........

salam untuk anda kembali...
terima kasih kerna menjenguk kesini......

rena....
ya rena.... mereka tak sedar yang mereka tak akan selamanya menongkat langit..........

pjoe said...

Penipu ni elok je kita masukkan muka dia kat front page paper. Baru orang reti takut!

"Kecik-kecik taknak mampus bila dah besar menyusahkan orang."
-kata2 yang aku kena dari 'orang tua' masa sekolah bila aku eksiden motor. Pada hal van itu yang langgar aku!
Judgemental betul!

Anonymous said...

penipu memang ramai

tegezoot said...

aku selalu jumpa! berlambak-lambak! apapun kita mesti jaga dan sedar, jangan sampai jari telunjuk menunjuk orang jari ibu menuding diri sendiri.

Bunga Rampai said...

Mula-mula menipu, kemudian bohong, lepas tu mencuri, lama-lama merompak...begitu kata para pendidik.

Payah ker untuk menjadi seorang yang jujur?

Salam.

jinggo said...

nezjoe....
masuk peper....?
cadangan yang bagus jugak tu..
biar padan muka dia..

suehana.....
betul tu memang ramai...
yang jujur pon ada jugak...
terpulang pada kita utk memilih..

bungan rampai....
tepuk dada tanya selera...
kalau nak jujur, jujur lah ia...
kalau sebaliknya, sendiri mau ingat la... hi hi hi...
salam kembali utk anda...

Unknown said...

hello...foto smua ok....yang ganbaq 2nd tu..brader pakai kasut croc kaler biru tu...mau pusing bagi kaki dok atas...baru sempoi....